Pusat Belia Antarabangsa (IYC) ditubuhkan oleh kerajaan melalui keputusan Jemaah Menteri pada 6 Februari 1985 dan dirasmikan pada 16 April 1988 oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia (Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed).
Seorang Tan Sri Kampo Harada (Mendiang) dari Nihon Shuji Educational Federation, Jepun telah bersetuju menderma 1 Billion Yen (RM10 Juta) pada tahun 1985 kepada kerajaan Malaysia bagi tujuan membina Pusat Belia Antarabangsa yang dimaksudkan. Pusat Belia Antarabangsa telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125]. Walaupun ia didaftarkan di bawah Akta Syarikat, tetapi ia bersifat sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (Company Limited by Guarantee and Not Having A Share Capital), berorientasikan perkhidmatan (Service Oriented) dan tidak mencari keuntungan.
Dari segi sejarahnya, termeterai perjanjian persefahaman di antara penderma dan kerajaan di mana kerajaan Malaysia dikehendaki memberi peruntukan tahunan untuk mengurus dan mentadbir IYC, manakala Ketua Setiausaha Kementerian (Kebudayaan) Belia dan Sukan Malaysia atas sifat jawatannya bertanggungjawab menjaga kepentingan kerajaan dengan mengetuai Lembaga Amanah tersebut sebagai Pengerusi.
Persetujuan tersebut tercatat di dalam kertas Kabinet bertarikh 6 Februari 1985. Ahli Lembaga Amanah YPBA terdiri daripada 11 orang, 6 dari Malaysia (termasuk Pengerusi) dan 5 dari Nihon Shuji Education Foundation, Japan (termasuk Naib Pengerusi).
Pakej Perkahwinan Muslim Lengkap 2023 & 2024 IYC Cheras @ Pusat Belia Antarabangsa . Pakej Majlis 2000,1500 1000,800,500,300,200, Dan 100pax. Pakej Perkahwinan Muslim Lengkap 2022 & 2023. Pakej Majlis 2000,1500 1000,800,500,300,200, Dan 100pax. Pakej Perkahwinan Nikah Sanding Pelbagai Pakej Pilihan Perkahwinan, Kami Menawarkan Dari Majlis Serba Sederhana Mampu Bayar Sehinggalah Ke Majlis Super Eksklusif Bergantung Kepada Kehendak Pelanggan. Kami Berpengalaman Menguruskan Ratusan Events, Maka Tenanglah Anda, Kelancaran Majlis Penting Anda Berada Dalam Tangan-Tangan Profesional.